Wednesday, November 18, 2009
Kembali
Hampir dua bulan saya 'cuti', memeberi ruang pada diri utk fokus pada exam...hari ini saya kembali.
Td siang telah selesai subjek terakhir dan harapnya saya lulus.
Terlalu banyak yang saya nak conteng kat blog ni,tapi tak tahu yang mana dulu. Suka duka saya sepanjang saya tidak menulis, bakal saya coret di sini.
nantikan...
Saturday, October 3, 2009
:: "saya nak minta cuti" ::
maaf kerana lama tak menulis di sini. Timbunan tugas terlalu banyak hinggakan semalam saya 'dihempap' tesis2 lama di lab FBI.
dengan ini saya " ingin meminta cuti" daripada mengupdate blog buat beberapa ketika memandangkan tarikh submit pelbagai perkara semakin hampir, ditambah dengan presentation yang berderet. Tesis juga menuntut kesabaran saya.
Hati dan perasaan sendiri juga kadangkala terabai lantaran terlalu sibuk. Saya harap sibuk saya ini tidak melalaikan saya kepada Allah.
5 okt (isnin) : discussion biomedical imaging and finish it till die!
6 okt (selasa): Continue safety bender lab
7 okt (rabu) : tesis meeting with firdaus n dr azuan
8 okt (khamis) : presentation biomedical imaging
9 0kt (jumaat): kamala n wei hong will mail their bioinstrumentation part and i'll compile it
12 okt (isnin) : test artificial organ/ asgment submission & test mechanics of machine
15 okt (khamis) : mail safety word/ ppt to k hilal n antony respectively
16 okt (jumaat) : test bioinstrumentation/ asgment submission
19 okt (isnin) : presentation artificial organ / tesis draft submission!
22 okt (khamis) : presentation safety take home test/ safety program
30 okt (jumaat) : thesis submission to ofis (3 copies)
24 nov (selasa) :seminar presentation of thesis
doakan ada ketabahan di situ~
Wednesday, September 30, 2009
goyang
tak lama lepas tu badan rasa melayang2. Abaikan juga kerana komitmen pada tugas itu lebih penting.
tapi bila nampak betul2 cermin muka depan meja bergoyang, rasa meremang!
bila bangun...mmg sah bergoyang.Oh, gempa bumi ke?!
Amaran Allah? itu pastinya. Allah mahu kita buka mata hati....
untuk renungan: baca ni
Saturday, September 26, 2009
jangan ada tangis lagi
"belajarlah jd wanita tabah, jangan ada tangis. Perlu 'lasak' dan tegar!"
Dalam keadaan sekarang, saya rasa jiwa saya sudah melayang jauh. jauh dari dunia saya sendiri. Saya akui pelajaran saya agak terjejas. Tiada semangat utk membawanya kembali ke hati.
Wahai diri, tabahlah...
Sunday, September 20, 2009
rasulullah dan syawal
1. Sebelum pergi menunaikan solat sunnah Hari Raya Aidilfitri, Baginda SAW akan mengenakan pakaiannya yang terbaik, kemudian menjamah tamar dengan bilangan butiran ganjil iaitu tiga, lima atau tujuh biji. Hal ini berlainan dengan Hari Raya Aidiladha di mana Baginda SAW imsak (tidak makan) sebelum menunaikan solat sunnah Hari Raya Aidiladha.
2. Baginda SAW akan berpesan agar kaum muslimin menyegerakan pembahagian zakat fitrah kepada mereka yang berhak, manakala solat sunnah Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan korban. Mengenai hal tersebut, Allah Ta 'ala berfirman: "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah! " (Al Kautsar: 2).
3. Ibnu Umar RA kerana mahu bersungguh menghayati sunnah Nabi SAW, beliau hanya akan keluar untuk pergi menunaikan solat sunnah selepas terbitnya matahari dan di sepanjang perjalanan beliau akan terus bertakbir dan bertahmid memuji Allah SWT.
4. Nabi SAW akan mengerjakan solat sunnah itu sebelum berkhutbah. Di dalam solat berkenaan, Baginda SAW akan bertakbir sebanyak 7 kali dan berhenti seketika. Hanya Riwayat Ibnu Mas'ud sahaja yang menjelaskan bahawa Nabi SAW membaca Hamdalah dan berselawat di antara takbir-takbir itu. Pada rakaat yang kedua, takbir adalah sebanyak lima kali. Diriwayatkan juga bahawa Ibnu Umar RA mengangkat kedua-dua tangannya semasa bertakbir.
5. Pada rakaat pertama Nabi SAW akan membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Qaf dan di rakaat yang kedua pula Al-Fatihah bersama Surah Al-Qamar. Kadang-kadang Baginda SAW akan membaca Surah Al-A'la dan Surah Al-Ghasyiah.
6. Nabi SAW tidak mengerjakan sebarang solat sebelum atau selepas solat sunnah hari raya itu. Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata : "Sesungguhnya Nabi SAW menunaikan solat Aid dua rakaat tanpa disertai solat yang lain baik sebelumnya mahu pun sesudahnya. " (HR. Al Bukhari dan Muslim dan yang lain).
sumber:www.al-azim.com
1 syawal 1430H
Kami sekeluarga masih diberi peluang bersama2 meraikan hari raya. Walaupun tak segembira tahun2 lepas, sekurang2nya kami masih boleh tersenyum, dan berdiri menumpang cebis2 kekuatan diri dan anak2.
Tahun ini Eidulfitri kami agak berbeza, tapi kami masih diberikan kekuatan untuk menyembunyikan itu dapi pandangan kasar. Kami mahu kelihatan semuanya sempurna dan gembira biarpun ada di kalangan hati2 kami yang menangis di dalam.
Apa yang penting, kami masih punya mak dan abah yang penyayang dan tak pernah putus asa mendoakan kesejahteraan anak2nya. Biar kami hilang kasih sayang orang lain, tapi kami tak boleh hidup tanpa kasih dan sayang mak dan abah.
Hidup sebagai hamba Allah, kita perlu akui bahawa hati2 kita sentiasa ditakluki penciptanya. Oleh itu, di samping mak dan abah, kami yakin bahawa kami ini milik mutlakNya dan gentar sekali andai segala nikmat ini ditarik balik atas sebab kami kufur. Justeru, Ya Allah, kami mohon dan terus memohon agar hati2 kami selalu tunduk padaMu dan jangan Kau palingkan hati kami dari menerima HidayahMu.
Di kesempatan ini, saya mewakili keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua kenalan yang tak putus mendoakan kesejahteraan kami.Semoga Allah memelihara kalian. Amin...
Saturday, September 19, 2009
Rangkuman 2 dalam 1
Ketika semua org sibuk mengemaskini blog utk Ramadhan, saya langsung tak punya kesempatan utk berbuat demikian. Tak ada langsung pengisian atau tazkirah Ramadhan dalam blog saya, melainkan saya cuma membaca tazkirah org lain..
Hari ini dijangkakan hari terakhir umat Islam berpuasa pd tahun 1430H. Rasanya ok lagi kalau saya nak ucapkan selamat berpuasa, dikembarkan sekali dengan ucapan Selamat Hari Raya.

Khas buat rakan2 yang mengenali saya khususnya ex-SMKSJ,ex-KISAS dan rakan2 KEU06.
Semoga Allah memberikan keberkatan pada kita utk dua bulan yang sangat istimewa ini.
" Ya Allah, ketemukan kami dengan Ramadhan akan datang. Jangan kau tarik lagi nikmat iman dalam diri kami agar kami masih punya ruang dan peluang utk menghambakan diri padaMu.."
Tuesday, September 15, 2009
membenci
Sampai bila saya harus berdiam.. saya pun tak tahu. Atas nasihat mereka yang saya sayangi, saya turutkan saja agar diamkan diri. Saya yakin satu hari nanti, dalam masa terdekat, saya akan diberi peluang utk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ini.
Saya teringin benar berjumpa dengan 'tuan badan' itu dan MEMBENCI
Cukup hanya dengan kata2 yang saya sudah susun, Insya Allah dengan dalil dan bukti yang kukuh, saya mahu dia sedar yang kami bukan manusia yang boleh diperbodohkan.
Saya bersedia menjadi kebencian dia asalkan saya berusaha sehabis baik untuk menegakkan kebenaran. Saya rela lakukan apa saja asal nama dan maruah keluarga tidak diperkecilkan.
Saya yakin Allah selalu bersama dengan hambaNya yang teraniaya. Biar kering air mata saya merintih, tapi saya tahu Allah mendengarnya.Saya juga percaya satu balasan yang maha hebat akan diturunkan atas hambanya yang zalim dan buta hatinya untuk menerima Hidayah Allah.
p/s: utk kawan2 yang mendoakan kesejahteraan saya dan keluarga, terima kasih diucapkan. Semoga Allah memelihara kalian semua. Doakan saya terus terusan kuat berhadapan dengan musuh Allah ini.
Monday, September 14, 2009
BIG insinuation
Before and After Marriage

****************
Lover Vs Husband
Before marriage, a man declares that he would lay down his life to serve you;
after marriage, he won’t even lay down his newspaper to talk to you. It is because for them it is easier to be a lover than a husband for the simple reason that it is more difficult to be witty every day than to say pretty things from time to time.
****************
A marriage joke to share…
A man was invited for dinner at a friend’s house.
Every time the host needed something, he preceded his request to his wife by calling her “My Love”, “Darling”, “Sweetheart”, etc., etc.
His friend looked at him and said, “That’s really nice after all of these years you’ve been married to keep saying those little pet names.”
The host said, “Well, honestly, I’ve forgotten her name.”
****************
p/s: it is really happens and i HATE it!
SELAMAT HARI LAHIR ABAH
Abah, selamat ulang tahun kelahiran.
terima kasih kerana menjadi benteng...
...buat kami bersandar tika hampir rebah.
Ketahuilah, kami sangat sayangkan abah!"
Biar siapa pun dalam hidup kami, abah lah yang pertama
with love;
mama
along
akak
dayah
